Thursday, September 05, 2013

Kedah-Pulau Pinang-Kedah 1

Bangunan suku-separuh usang mulanya dan akhirnya-IPTB. Bukit yang sering kelihatan, bukit Mertajam. Kedai siber pekan kecil; Kilang kicap yang lama; landasan keretapi; rumah-rumah kedai pekan Lunas; pasaraya ekonomi Wong Long; kedai abang e-capati; nama-nama jalan dan taman dari nama-nama sayur; masjid Tunku Abdul Rahman Putra; watt siam; empangan mengkuang; gerai kopi di simpang bukit mertajam...

Lorong Pegaga; Lunas; Kulim; Mengkuang Titi; Penanti; Bukit Mertajam; Padang Menora; Permatang Pasir; Permatang Pauh; Sungai Dua; Perda; Tasik Gelugor; Seberang Jaya; Tanjung; Sungai Bakap; Juru; Simpang Ampat; Ekor Kucing; Nyiur Setali; Taman Sejati; Kota Kuala Muda; Pantai Remis; Sungai Petani; Pengkalan Hulu; Sidam Kiri; Sidam Kanan...

Semuanya dalam ingatan suku-separuh usang ku. Kini saat-saat itu menjadi sejarah dan musim pun berlalu bersama waktu. Hambatan kepada hari muka ku. Manis-ria-pahit-maung... tak satu pun yang ku sesali. Kini, semuanya seperti satu irama yang indah.