Wednesday, December 04, 2013

Nota kaki kepada "semua agama sama"

Tolonglah berubah dan terima semua perbezaan. Manusia selamanya akan berbeza fahaman. Tapi aku gembira kalau semua manusia berlapang dada dengan perbezaan kita.

Thursday, September 05, 2013

Kedah-Pulau Pinang-Kedah 1

Bangunan suku-separuh usang mulanya dan akhirnya-IPTB. Bukit yang sering kelihatan, bukit Mertajam. Kedai siber pekan kecil; Kilang kicap yang lama; landasan keretapi; rumah-rumah kedai pekan Lunas; pasaraya ekonomi Wong Long; kedai abang e-capati; nama-nama jalan dan taman dari nama-nama sayur; masjid Tunku Abdul Rahman Putra; watt siam; empangan mengkuang; gerai kopi di simpang bukit mertajam...

Lorong Pegaga; Lunas; Kulim; Mengkuang Titi; Penanti; Bukit Mertajam; Padang Menora; Permatang Pasir; Permatang Pauh; Sungai Dua; Perda; Tasik Gelugor; Seberang Jaya; Tanjung; Sungai Bakap; Juru; Simpang Ampat; Ekor Kucing; Nyiur Setali; Taman Sejati; Kota Kuala Muda; Pantai Remis; Sungai Petani; Pengkalan Hulu; Sidam Kiri; Sidam Kanan...

Semuanya dalam ingatan suku-separuh usang ku. Kini saat-saat itu menjadi sejarah dan musim pun berlalu bersama waktu. Hambatan kepada hari muka ku. Manis-ria-pahit-maung... tak satu pun yang ku sesali. Kini, semuanya seperti satu irama yang indah.