Thursday, November 11, 2010

Hari Lahir Muhammad Fathurrahman bin Muhammad Suhaib


Hari ini hari lahir anakku yang ke-1

Ini pesan-pesan yang aku dedikasikan untuk dia:

Anak, ingatlah pesan Luqman kepada kita.. "Wahai anak kesayanganKu, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala apa sesuatu yang menimpamu".

Dan ini pesan abah yang paling utama. Ini juga pesan Yaacob kepada anak cucunya.."Apakah Yang kamu akan sembah sesudah Aku mati?" mereka menjawab: "Kami menyembah Tuhanmu dan Tuhan datuk nenekmu Ibrahim dan Ismail dan Ishak, Iaitu Tuhan Yang Maha Esa, dan kepadaNyalah sahaja Kami berserah diri (dengan penuh iman)".

Selamat Hari Jadi yang pertama!

1 comments:

muhammad said...

slmt hari lahir jgk paklong ucap kpd muhammad fathurrahman bin muhammad suhaib. smg Allah lindungi mu slama2nya drp apa2 yg tidak kamu senangi, di dunia mahupn akhirat, insyaAllah amin3.