Monday, March 08, 2010

Jangan baca buku. Baca internet dah cukup (?)

Beberapa tahun yang lalu saya bersama beberapa rakan dari sebuah NGO islam, dipesan untuk membawa seorang pensyarah dari sebuah universiti di Jerman ke sebuah pondok di utara semenanjung. Namanya saya telah lupa. dia sedang menjalankan kajian terhadap sistem pesantren di selatan asia.

Pertama kali bertegur sapa dengannya, setelah diperkenalkan nama, dia fasih menyebut nama saya (lebih fasih daripada beberapa orang ustaz ustazah yang pernah saya jumpa). Saya percaya bahawa dia juga menguasai bahasa arab. Tanpa bicara panjang kami bertolak ke sana. Di pondok, dia menemuramah seorang tenaga pengajar. Dalam temuramah itu saya tercuit dengan pertanyaannya tentang syiah dan sunni. Sebagai seorang yang beragama islam, agak terkilan dan lucu pun ada kerana seorang guru sebuah institusi Islam tidak dapat menyatakan bahawa golongan syiah juga sebahagian dari Islam. Berkali guru itu nafikan Syiah. Sedangkan sarjana Jerman itu sudah sedia faham hubungan Sunni dan Syi'i dalam dunia Islam.

Dan dalam perjalanan pulang, beliau menyatakan kebimbangan terhadap pelajar-pelajarnya kerana budaya membaca buku sudah tidak dititikberatkan lagi memandangkan dunia cyber semakin luas digunapakai. Ini juga diakui oleh kami. Di IPT kitapun kena penyakit yang sama. Mungkin ini (penyakit tak baca buku) harus difikirkan juga oleh guru-guru yang mengajar Islam lebih-lebih lagi yang mengajar di Institusi Islam. Kalau ada lagi orang barat datang mengkaji Islam, kita lebih bersedia dan ringan kepala, lapang dada dan tepat fakta...

6 comments:

muhammad said...

mcm yg anda critakan pd sy, tempias penyakit ni pn dh melanda IPT(A/S), maka lahirlah forum-forum ringan, salah satunya bertajuk: "Hidup mesti bercinta". (kah..kah..kah)

suhaib said...

tnggu sat.aku akan lahar musibah tu

nakula sadewa said...

abg mi,
maka benarlah kata Hector kepada Paris dalam filem 'Troy' setelah adiknya itu melarikan Helena ;

"You know nothing about love, you nothing about war"

AHMAD SYAIBANI BIN RAMLI said...

tumpg komen sama.

ilmu bkn skadar fakta.

suhaib said...

kita mengakui ilmu bkn sekadar fakta tapi ilmu hidup dengan kemajuan berfikir.

suhaib said...

kita akui ilmu bkn sekadar fakta tetapi ilmu hidup dengan kemajuan berfikir