Sunday, November 15, 2009

Pengumuman!

Sila rujuk kembali posting saya yang bertajuk "muhammad uzair". semua isi saya maksudkan kecuali nama anak saya setelah dipersetujui oleh isteri, ibu-ibu bapa-bapa dan kaum keluarga, maka saya dan isteri bersetuju menamakan anak kami dengan nama "MUHAMMAD FATHURRAHMAN". Nama ini telah diilhami oleh Y. Bhg. Dato' Syeikh Abdul Majid Mohd Nor, mantan Mufti Negeri Kedah yang pertama. Sebagai tanda penghargaan terhadap Y. Bhg. Dato', kami mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi 'membelah mulut' anak kami sekali gus menamakan. Semoga doa Y.Bhg. Dato' terhadap anak ini diterima oleh Allah s.w.t. Amin.

Thursday, November 12, 2009

muhammad uzair

Janggal. aku cuba sesuaikan diri dengan kehadiran 'stranger'. seperti tak percaya. dialah anak ku. dialah penyambung nyawaku. mungkin aku kekal abadi setelah penciptaan Nya. ternyata, jelingan pertamanya padaku meruntun jiwa untuk menyayanginya.

entah kenapa isteriku suka pada nama uzair sedangkan ianya biasa padaku sebelum ini.

aku yakin,tatkala Tuhan meniupkan roh Uzair dalam rahim isteriku, aku dapat rasa perubahan pada diri ini. semangat. bertenaga. ingatanku mudah melekat di benak. berkat uzair.

uzair, abah doakan dikau menjadi manusia yang hanya tunduk pada Tuhan. moga dengan berkat nama nabi Uzair-yang oleh sebahagian org Yahudi menganggapnya anak Allah (maha suci Allah)- dikau akan mengikut kesolehan Uzair alaihissalam...