Monday, March 30, 2009

Islam yang difahami

Beberapa hari lepas aku tak senang duduk. Ada persoalan yang melintas dalam benak selepas seoarang sepupu aku minta tolong cari bahan assignment. Waktu membaca surat khabar teringat. tengah makan pagi pun teringat. semacam gangguan (mungkin).

Persoalannya mudah tapi berat. tajuk assignment itu "Islam itu indah". tajuk yang umum mungkin memudahkan pelajar untuk membikin. Tapi tidak bagi aku. Ada lagi sisi yang aku nampak. antaranya:

1. Pensyarah itu mahukan pelajar buat assignment yang menunjukkan islam itu indah. tidak kira apa saja nuansa, penemuan, kajian, paradigma dan sebagainya mesti membuktikan Islam itu indah. Cuba kita ambil perbandingan ini- Seorang guru mahukan murid membuat karangan bertajuk "guru manusia suci".

2. Menyingkap sikap manusia terhadap agamanya. ini pula terbahagi kepada dua golongan antaranya golongan taklid dan golongan kritikal. golongan taklid pula ada yang bersifat acuh tak acuh dan ada pula yang bersifat bebal. golongan kritikal pula ada berniat membina dan ada yang berniat perengus.

3. Tajuk yang sebenarnya adalah sebuah rumusan-sama ada rumusan pensyarah atau sesiapa- orang lain pula yang menghuraikan rumusannya. katakan si A telah merumuskan x=8+y tetapi si B yang baru belajar dan tak kenal langsung si A ini dikehendaki menghurai x=8+y

Aku harap kita semua dapat memikirkan kes-kes di atas dengan tenang dan tidak terlalu emosional. Meminjam kata2 Almarhum Syed Husein Alatas: Kita dengan Islam tumbuh tiada berbuah...

2 comments:

nakula sadewa said...

ops..maaf a. suhaib..saya bkn pelajar azhar..saya belajar kuliah perubatan di U ain shams

muhammad said...

kes 1: kes ni sama mcm tajuk suatu seminar yg berlaku dulu2-"Bahaya islam liberal"-belum apa2 pn lagi, namun telah dirumuskan awal. Akan ada ahli panel yg akan menjelaskan bahaya islam liberal secara pukal n tanpa teliti.

kes 2: Rumusan utk diri sy sndiri, kritikal yg membina adalah terbaik.

kes 3: daripada mrumuskan semula suatu rumusan, adalah lebih utama utk kita menggali semula akar tunjang yg mghasilkan rumusan.