Sunday, March 01, 2009

Allah

Kini Allah menjadi rebutan. Begitu cintanya manusia pada Allah sehingga direbut-rebut oleh manusia. Sebahagian melarang penggunaan nama Allah. Sebahagian pula telahpun guna nama Allah. Yang peliknya bukan di Malaysia saja telah guna nama Allah, bahkan di negeri2 Arab sendiri. Yang Islam - Allah. Yang kristian - Allah. Yang Yahudi - Allah. dan lain-lain agama pun - Allah.

Soal perundangan saya tak arif. Yang saya arif ialah soal tanya.

1. Mengapa al-Quran menceritakan hal orang2 musyrikin mekah yang mengakui kewujudan Allah? mereka sebut "ALLAH"? sekali lagi "ALLAH"? apabila mereka menyekutukan Allah mereka sebut Al-Lat (kata plural bagi Allah)?

2. Kenapa nama bapa Nabi (s.a.w.) Abd Al-Lah (Abdullah) sedangkan Islam belum lahir di tanah Mekah? seandainya perkataan Allah itu hak milik mutlak Islam, kenapa sudah disebut,diguna pakai perkataan itu oleh masyarakat quraisy sebelum Islam?

Perhatian:

Saya di sini tidak bertujuan mencampuri urusan perundangan. Tidak juga membela mana2 pihak. sekadar lontar persoalan untuk difikir bersama dari segala aspek termasuk aspek perkembangan sosial. masyarakat sudah berpelajaran. Tahniah untuk kementerian pelajaran khususnya dan Kerajaan Malaysia amnya kerana telah memberi pendidikan yang baik sehingga lahir generasi kini matang serta tinggi kualiti diri.

Saya tinggalkan persoalan ini untuk mereka yang berpelajaran dan golongan yang Tuhan puji - Ulul Albab, ummatan wasata, mereka yang berakal.

wallahu a'lam bissawab. wa ilaihil marji'u wa-l ma`ab

1 comments:

W. Muhammad said...

Yg dihormati tuan blog n sidang bincang pembaca skalian, berikut bbrapa ayat Quran yg sy telah ketemu, berkenaan jwpan kalimah yg satu itu (Allah): lihat surah 29:61 & 63, juga surah 31:25. (rujukan terjemahan Quran)

---hnya komen tmbahan: bg sy, org2 yg mahu mempersempit penggunaan kata nama Allah, juga akan memperkecil rahmat Allah. Allah itu 'Robbu An-naas'. Tiba2 saja mereka mahu Allah itu mjadi 'Robbu Melayu' sahaja.

---org2 jahiliyah sblm klahiran Muhammad, amat kenal Tuhan mereka. Mreka sudah sedia kenal akan Allah. Namun stelah ajran Muhammad mula tersebar, para tokoh JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Madinah) tak pula mengharamkn penggunaannya. Mungkin JAKIM zaman itu lebih liberal.