Sunday, November 15, 2009

Pengumuman!

Sila rujuk kembali posting saya yang bertajuk "muhammad uzair". semua isi saya maksudkan kecuali nama anak saya setelah dipersetujui oleh isteri, ibu-ibu bapa-bapa dan kaum keluarga, maka saya dan isteri bersetuju menamakan anak kami dengan nama "MUHAMMAD FATHURRAHMAN". Nama ini telah diilhami oleh Y. Bhg. Dato' Syeikh Abdul Majid Mohd Nor, mantan Mufti Negeri Kedah yang pertama. Sebagai tanda penghargaan terhadap Y. Bhg. Dato', kami mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi 'membelah mulut' anak kami sekali gus menamakan. Semoga doa Y.Bhg. Dato' terhadap anak ini diterima oleh Allah s.w.t. Amin.

Thursday, November 12, 2009

muhammad uzair

Janggal. aku cuba sesuaikan diri dengan kehadiran 'stranger'. seperti tak percaya. dialah anak ku. dialah penyambung nyawaku. mungkin aku kekal abadi setelah penciptaan Nya. ternyata, jelingan pertamanya padaku meruntun jiwa untuk menyayanginya.

entah kenapa isteriku suka pada nama uzair sedangkan ianya biasa padaku sebelum ini.

aku yakin,tatkala Tuhan meniupkan roh Uzair dalam rahim isteriku, aku dapat rasa perubahan pada diri ini. semangat. bertenaga. ingatanku mudah melekat di benak. berkat uzair.

uzair, abah doakan dikau menjadi manusia yang hanya tunduk pada Tuhan. moga dengan berkat nama nabi Uzair-yang oleh sebahagian org Yahudi menganggapnya anak Allah (maha suci Allah)- dikau akan mengikut kesolehan Uzair alaihissalam...

Tuesday, October 27, 2009

penjara dan hukum islam

ada persoalan yang selalu dicanangkan oleh pensyarah-pensyarah pengajian islam di sini (maktab):

PENJARA - hukuman penjara menyekat hak-hak asasi manusia

reason: dalam islam (kata mereka) hukuman penjara tiada. yang ada ialah hudud, qisas. kalau hukuman yang dikenakan rotan, rotanlah. habis rotan habis la. tak boleh sekat hak-hak pesalah untuk bermasyarakat.

suhaib: kemudian, hukuman mati yang ada dlm syariat islam menyekat hak mereka untuk hidup?menyekat hak mereka untuk bertaubat dengan beribadah menebus dosa?

p/s: ada kekeliruan dalam penaksiran mereka

Friday, September 25, 2009

selamat hari raya

Selamat Hari Raya kepada semua muslimin muslimat

Saturday, September 05, 2009

Tak tercabarkah?

wahai mahasiswa-mahasiswi,


nikmatilah masa di universiti sebaiknya. jangan asyik nak enjoy, ber-gofren-boifren saja atau nak berpolitik macam org politik. sedangkan kosong idealisme atau keliru dalam idealisme. coba lawat laman ni (klik di sini). beginilah contoh mahasiswa yg bagus. Pelajar2 Pengajian Islam harus ambil iktibar! jangan asyik berkobar2 nak tegak islam sedang kita tak tau apa pasal idea2 Islam yang baru atau klasik.

(ibn rusyd dalam School af Athens)

Sunday, August 30, 2009

Rotan Kartika!

Tun Mahathir lontar persoalan yang tak harus dipandang remeh. walaupun tun bukan ahli fekah tapi coba renung apa yg ditimbulkannya dalam blognya - klik di sini

Wednesday, August 26, 2009

cerita drama tv yang membosankan

1. Tahukah anda, sejak kebelakangan ini malah sudah jadi trend cerita2 melayu kat tv semuanya berbau sinetron tv indonesia. aku bukan anti indonesia-malah peminat berat dewa19, gigi, padi, ungu, jamrud,kotak dsb.- cuma yang memboringkan mata,kepala,telinga dan anggota lain(dan juga bos aku:akal) ialah peniruan drama sinetron indonesia. antara jalan cerita yang tipikal dlm drama tv melayu:


- watak budak nakal/anak derhaka/org kaya lupa daratan/suami isteri curang wewenang dengan nafsu-nafsu mereka...kemudian sampai satu musibah (e.g. eksiden) org2 ni pun insaf.


(gambar hiasan)

bukan aku tak suka orang insaf tapi cobalah buat cerita yang lain skit daripada jalan cerita kat atas ni. cerita yang mudah tapi membuka minda skit, ada falsafah mcm crita2 yasmin ahmad (rahimahaLlah) yang mampu mencabar minda, kepercayaan, dogma masyarakat, budaya...


2. saya mengajak semua agar tidak terlalu excited dengan debat2 di tv (sesetengahnya ok). debat mcm debat budak sekolah! betapa media telah merendah2kan pemikiran masyarakat! saya bagi satu contoh debat/perbincangan di satu corong radio swasta. topik yg diutarakan "lelaki atau wanita yang masak lebih sedap?". tak menarik langsung debat di radio atau tv. bahkan di universiti debat jenis macamni la yang lebih byk drp debat ilmiah yang sesungguhnya ilmiah. ini tak, debat kawin yang di'ilmiah'kan!!! ini boleh saya katakan musibah yang bisa membantutkan satu malaysia.INNA LILLAHI WA INNA ILAYHI RAJI'UN...


tapi tak salahkan juga radio2 sebab banyak pantang larang di luar sana...ada bapak polisi menunggu (takrif polis mungkin perlu diperhalusi. ini kerana di selangor dah ada polis jenis baru: polis moral!=tok imam, tok bilal, tok siak).

Monday, August 24, 2009

Ibn Rusyd




Mak(q)alahnya ibn rusyd, "Fasl al-maqal" menyajikan kepada kita panduan kepada jalan mempelajari dan/atau menjadi ahli falsafah. Dalam 'aliran perdana Islam', falsafah tidak digalakkan, tidak diendah bahkan ada yang memusuhi dengan menganggap falsafah bisa memandu ke jalan yang sesat, tidak percaya tuhan dan anti agama. munculnya ibn rusyd adalah untuk menyelesaikan kekusutan yang terjadi sejak abad awal Islam di mana al-Ghazali, ulama yang pesimis dengan hubungan falsafah dan syariat (agama) meluncurkan semboyannya dengan penghasilan kitab karangannya "Tahafut al-Falasifah" (the coherent of philosopher/kekarutan oleh ahli falsafah). Ibn Rusyd telah menjawab kitab al-ghazali itu dengan meluncurkan kitabnya "Tahafut al-Tahafut". Di samping itu, ibn rusyd tampil dengan Fasl al-Maqal untuk memutuskan samaada syariat dan falsafah harus bersandingan atau berpisahan?

Begitu Ibn rusyd telah melahirkan pengikut yang ramai di barat berbanding dunia islam. beliau juga merintis jalan penemuan wahyu(syariat) dan akal(falsafah). mengapa di barat ramai pengikut ibn rusyd? Sedangkan allah s.w.t sendiri yang menyuruh kita menggunakan akal dan menuruti jalan hikmah(falsafah) "serulah (manusia) ke jalan Tuhanmu dengan hikmah"

Wednesday, August 19, 2009

khutbah jumaat

wahai blogger2, khatib2, penceramah2, ahli politik, motivator dan seluruh manusia,

mari pulang ke rumah. cari kitab Fasl al-Maqal. baca. kurangkan bercakap, banyakkan membaca kerana yang bercakap banyak, banyaklah silapnya, banyak silapnya, banyaklah dosanya.

semoga kita disuluhi ke jalan kebenaran. jalan akal dan wahyu...jalan ilmu dan 'reason'...the age of reason is not finish yet.

Saturday, July 25, 2009

heran aku!!!

aku sangat heran dengan orang sekeliling aku. maksud aku manusia yang dijemput atau ditugaskan atau di'v.i.p.'kan atau yang memberi ceramah, golongan ini banyak dari mereka yang suka bercakap panjang. seperti sudah menjadi penyakit bagi segolongan rakyat malaysia yang suka bercakap banyak, lebih teruk meleret-leret, sehingga tidak cukup 1 jam untuk bercakap tapi isi kosong atau hanya satu atau dua sahaja tetapi berejam-jam.

khutbah

sudah berkali diingatkan apatahlagi yang mengingatkan itu adalah ustad2 sendiri, khutbah tidak harus panjang-panjang. namun aku heran, tok-tok khatib, kebanyakannya muda (bawah umur 65 tahun) suka berkhutbah meleret. macam dah takda jumaat minggu depan. jangan salahkan orang tak pergi semayang jumaat sahaja tapi tengok kenapa ramai tak datang jumaat? salah satunya, khutbah yang berjela-jela.

cadangan

saya menyeru seluruh umat manusia di negara ini, kurangkan cakap, alihkan apa yang hendak dicakap kepada menulis. menulis pula, jangan meleret-leret.

Monday, March 30, 2009

Islam yang difahami

Beberapa hari lepas aku tak senang duduk. Ada persoalan yang melintas dalam benak selepas seoarang sepupu aku minta tolong cari bahan assignment. Waktu membaca surat khabar teringat. tengah makan pagi pun teringat. semacam gangguan (mungkin).

Persoalannya mudah tapi berat. tajuk assignment itu "Islam itu indah". tajuk yang umum mungkin memudahkan pelajar untuk membikin. Tapi tidak bagi aku. Ada lagi sisi yang aku nampak. antaranya:

1. Pensyarah itu mahukan pelajar buat assignment yang menunjukkan islam itu indah. tidak kira apa saja nuansa, penemuan, kajian, paradigma dan sebagainya mesti membuktikan Islam itu indah. Cuba kita ambil perbandingan ini- Seorang guru mahukan murid membuat karangan bertajuk "guru manusia suci".

2. Menyingkap sikap manusia terhadap agamanya. ini pula terbahagi kepada dua golongan antaranya golongan taklid dan golongan kritikal. golongan taklid pula ada yang bersifat acuh tak acuh dan ada pula yang bersifat bebal. golongan kritikal pula ada berniat membina dan ada yang berniat perengus.

3. Tajuk yang sebenarnya adalah sebuah rumusan-sama ada rumusan pensyarah atau sesiapa- orang lain pula yang menghuraikan rumusannya. katakan si A telah merumuskan x=8+y tetapi si B yang baru belajar dan tak kenal langsung si A ini dikehendaki menghurai x=8+y

Aku harap kita semua dapat memikirkan kes-kes di atas dengan tenang dan tidak terlalu emosional. Meminjam kata2 Almarhum Syed Husein Alatas: Kita dengan Islam tumbuh tiada berbuah...

Wednesday, March 04, 2009

Allah (2)

Tajuk di atas bukan merujuk kepada menduakan tuhan tetapi bermaksud posting siri ke-2.

Sila baca ayat2 suci al-Quran di bawah ini:

surah al ankabut

[61]Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (musyrikin Mekah) itu: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi, dan yang memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya)?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah".

[63]Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (musyrikin Mekah) itu: "Siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu Ia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Ucapkanlah (wahai Muhammad): "Alhamdulillah" (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak memahami (hakikat tauhid dan pengertian syirik).

surah Luqman
[25]Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (musyrikin Mekah) itu: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Ucapkanlah (wahai Muhammad): "Alhamdulillah" (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian - tidak mengingkari Allah), bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat tauhid dan pengertian syirik).

Gambaran ini tuhan sendiri khabarkan bahawa kaum musyrikin itu sudah mengenal Allah. Mereka sebut dengan lidah mereka sendiri kalimah "ALLAH"!! cuma bedanya mereka menyekutukan Allah!! adakah kalimah ini baru bagi mereka? adakah sebutan Allah tidak wujud sebelum Islam? Adakah cerita tuhan ini (bahawa musyrikin Quraisy menggunakan kalimah Allah) menyesatkan kita?

wallahu a'lam

Sunday, March 01, 2009

Allah

Kini Allah menjadi rebutan. Begitu cintanya manusia pada Allah sehingga direbut-rebut oleh manusia. Sebahagian melarang penggunaan nama Allah. Sebahagian pula telahpun guna nama Allah. Yang peliknya bukan di Malaysia saja telah guna nama Allah, bahkan di negeri2 Arab sendiri. Yang Islam - Allah. Yang kristian - Allah. Yang Yahudi - Allah. dan lain-lain agama pun - Allah.

Soal perundangan saya tak arif. Yang saya arif ialah soal tanya.

1. Mengapa al-Quran menceritakan hal orang2 musyrikin mekah yang mengakui kewujudan Allah? mereka sebut "ALLAH"? sekali lagi "ALLAH"? apabila mereka menyekutukan Allah mereka sebut Al-Lat (kata plural bagi Allah)?

2. Kenapa nama bapa Nabi (s.a.w.) Abd Al-Lah (Abdullah) sedangkan Islam belum lahir di tanah Mekah? seandainya perkataan Allah itu hak milik mutlak Islam, kenapa sudah disebut,diguna pakai perkataan itu oleh masyarakat quraisy sebelum Islam?

Perhatian:

Saya di sini tidak bertujuan mencampuri urusan perundangan. Tidak juga membela mana2 pihak. sekadar lontar persoalan untuk difikir bersama dari segala aspek termasuk aspek perkembangan sosial. masyarakat sudah berpelajaran. Tahniah untuk kementerian pelajaran khususnya dan Kerajaan Malaysia amnya kerana telah memberi pendidikan yang baik sehingga lahir generasi kini matang serta tinggi kualiti diri.

Saya tinggalkan persoalan ini untuk mereka yang berpelajaran dan golongan yang Tuhan puji - Ulul Albab, ummatan wasata, mereka yang berakal.

wallahu a'lam bissawab. wa ilaihil marji'u wa-l ma`ab

Thursday, February 26, 2009

bakau

Aku masuk paya bakau. Lecah. Selut. Jerlus. Bau asid sulfurik. menarik sebenarnya masuk paya bakau.

Aku kagum dengan paya bakau. I love u, hutan bakau! Semua ada di situ. Astro bukan lagi macam-macam ada. tapi paya bakau yang layak diberi ungkapan 'macam-macam ada'.

Nak tau? cubalah.*

* anda dinasihatkan tidak masuk bersendirian melainkan anda benar2 kental, tak lut oleh sebarang bisa binatang, tak tertelan oleh lumpur jerlus, tak termakan hasutan syaitan daripada jin dan manusia.