Aku belajar dari pensyarah waktu mengaji di UIA dulu. kalau mula datang ramadan, berilah ucapan ini :- "RAMADAN KARIM!"(maksud: bulan ramadan mulia!)(sebut ramadan dengan sebutan arab) dan kalau orang beri ucapan ini, kita balaslah dengan: Allahu Akram! (Tuhan lebih mulia). Dan ramadan mengajar kita menyelesaikan 2 persoalan ini:

i. berpuasa dapat berjimat cermat kerana makan hanya 2 kali sehari. adakah anda(juga saya) boleh menabung? kerana salah satu hikmah berpuasa ialah menjimatkan perbelanjaan
ii. ugama menggalakkan bersedekah di bulan ini. adakah anda (juga saya) mampu bersedekah?
Bila digabungkan persoalan ini: adakah anda/saya boleh menabung (menyimpan duit) sedangkan pula ugama menyuruh bersedekah (mengeluarkan duit)? Ugama memang misteri. Dan aku ingin terjun ke dalam misteri ini!
2. Cinta pada Tuhan
Siapa yang cinta pada Tuhan? Adakah cinta itu kerana 'perintah tuhan'? Adakah kerana syurga? atau kerana takut neraka? Aku ingin tahu apa yang bermain di fikiran orang yang mengaku cinta pada Tuhan. Aku ingin 'feel'. Setakat ini, secara jujurnya, aku merasakan ramai yang cinta Tuhan kerana perintah Tuhan, syurga, takut neraka. Bagaimana pula yang cinta kerana sahaja-sahaja cinta pada Nya?
'Cinta' seperti yang kita anuti, bermakna kedua belah pihak 'memberi dan menerima'. Tetapi lain pula cinta manusia dengan Tuhan mereka, hanya Tuhan saja dapat memberi. Bagaimana pula aku memberi pada tuhan? Ibadah sembah pada Nya? Kalau aku tidak sembah Dia, tak sedikit pun rugi pada Nya. tak sikit pun akan memudaratkan Dia. Akan tetapi kalau Dia tak peduli padaku, habislah aku. Tunggang langgang hidup aku. Jadi, bagaimana aku memberi pada Tuhan yang di'cinta'i?
Setakat ini peganganku, aku memohon agar Dia cinta padaku. Aku percaya aku bahagia kalau Dia cinta padaku. Dan aku memohon agar ditemukan cinta pada Nya sebelum aku hembus nafas terakhir...
3 comments:
haha.. :) mula2 baca bahagian satu, tercuit geletek hati n pinggang aku. Mulut aku ternganga. Letusan suara terkeluar kuat dgn ritma yg pelbagai. Intonasi n amplitud suara naik turun (bahasa pendeknya: tergelak besar).
Utk bahagian dua: klu nk feel, kita buat eksperimen memaksa diri. Contoh: Utk penganut islam, ada yg kata, klu kita tahu kelebihan solat isyak berjamaah, kita tetap akan hadir solat jmaah isyak wlau tpaksa merangkak. Betul ke? so, jom la kita buat eksperimen. Kita paksa diri kita hadir jgk sbb nk tahu kelebihannya. Pastu, kita tgk kesan slps solat isyak tu. Ada apa sgt ya dgn solat isyak bjmaah tu, smpai andai kita tahu kelebihannya, kita tetap nk pergi wlau tpaksa merangkak? So, kita cuba la buat eksperimen ni. :) Tuhan mmg pelik n misteri. Byk sgt berahsia dg kita. Bak kata kawan aku: "nk tahu rahsianya, ko redah je". Oo..jd nk dpt tahu rahsia Tuhan, main redah je? Tp aku seakan yakin, Tuhan tak marah klu kita redah utk cari Dia.
Aku dengki dgn para wali. Mreka dikatakan tak takut n tak sedih. Yg aku tahu, semua manusia pernah takut n sedih. Bukan manusiakah mreka ni?
Post a Comment