Monday, October 01, 2007

demokrasi abuya vs demokrasi sami

1. “Kami penganut Buddha percaya dhamma (ajaran Buddha) akhirnya akan mengalahkan kejahatan.” Begitulah iman sang sami yang tak putus harap menentang pemerintahan junta tentera di Myanmar.


Jarang sekali kita lihat ahli ibadat, khasnya sami, yang hanya berzikir di rumah ibadat keluar berdemonstrasi. Adakah agama buddha telah menerima sekularisme kerana mereka terlibat dalam urusan duniawi?


Himpunan yang digerakkan oleh ahli agama buddha ini,atas keimanannya, adalah satu respon kepada perkembangan di negara kemboja ini yang menentang kenaikan drastik harga minyak. Ia juga menuntut pemerintah melaksanakan demokrasi sepenuhnya setelah berdekad-dekad membungkam demokrasi yang memang sudah wujud dalam sistem politik negara ini.


Kita lihat pihak agama turut memainkan peranan yang penting dalam demokrasi. perkara ini harus diambil perhatian oleh semua pihak. Bahawa demokrasi, secara kolektifnya, harus dipertahankan.



2. Ada seorang hamba Allah yang berserban tebal dalam perbualannya dengan saya, dengan bersungguhnya menyatakan bahawa demokrasi itu luar daripada Islam. Dari manakah datangnya demokrasi? jawabnya dari sistem politik tamadun Greek. Tamadun ini adalah tamadun kafir. maka, sistem pemerintahannya pun kafir. Namun malangnya, tambahnya, kita semua menganut ideologi ini yang terang kekafirannya!Maka kita harus gantikan sistem kafir ini dengan sistem islam. Dan sistem syuara paling baik setakat ini.
Persoalan yang bermain di fikiran saya, adakah demokrasi yang difahami -falsafahnya dan praktikalitinya- seluruhnya kafir? kenapa pula Islam sendiri memberi kebebasan-ada kaitannya dengan demokrasi- kepada penganutnya dalam menentukan cara hidup masing-masing?