Monday, October 01, 2007

demokrasi abuya vs demokrasi sami

1. “Kami penganut Buddha percaya dhamma (ajaran Buddha) akhirnya akan mengalahkan kejahatan.” Begitulah iman sang sami yang tak putus harap menentang pemerintahan junta tentera di Myanmar.


Jarang sekali kita lihat ahli ibadat, khasnya sami, yang hanya berzikir di rumah ibadat keluar berdemonstrasi. Adakah agama buddha telah menerima sekularisme kerana mereka terlibat dalam urusan duniawi?


Himpunan yang digerakkan oleh ahli agama buddha ini,atas keimanannya, adalah satu respon kepada perkembangan di negara kemboja ini yang menentang kenaikan drastik harga minyak. Ia juga menuntut pemerintah melaksanakan demokrasi sepenuhnya setelah berdekad-dekad membungkam demokrasi yang memang sudah wujud dalam sistem politik negara ini.


Kita lihat pihak agama turut memainkan peranan yang penting dalam demokrasi. perkara ini harus diambil perhatian oleh semua pihak. Bahawa demokrasi, secara kolektifnya, harus dipertahankan.



2. Ada seorang hamba Allah yang berserban tebal dalam perbualannya dengan saya, dengan bersungguhnya menyatakan bahawa demokrasi itu luar daripada Islam. Dari manakah datangnya demokrasi? jawabnya dari sistem politik tamadun Greek. Tamadun ini adalah tamadun kafir. maka, sistem pemerintahannya pun kafir. Namun malangnya, tambahnya, kita semua menganut ideologi ini yang terang kekafirannya!Maka kita harus gantikan sistem kafir ini dengan sistem islam. Dan sistem syuara paling baik setakat ini.
Persoalan yang bermain di fikiran saya, adakah demokrasi yang difahami -falsafahnya dan praktikalitinya- seluruhnya kafir? kenapa pula Islam sendiri memberi kebebasan-ada kaitannya dengan demokrasi- kepada penganutnya dalam menentukan cara hidup masing-masing?

Friday, July 06, 2007

tak ke mana

apa khabar semua pengunjung. sudah lama ku tidak mengemaskini blog ini. maaf. aku dikejar pelbagai kerja dan komitmen.

maka kali ini saya akan cerita serba sedikit khabar saya.

saya sekarang terlibat dengan projek yang boleh dikatakan merangsang minda. kerja kumpulan. kami ditugaskan membuat sedikit kajian untuk menambahbaik servis bahagian. kerja yang ditugaskan ini tidaklah semudah yang disangka. ia memerlukan tenaga dan perahan fikiran yang bersungguh. mahu tidak mahu kemahiran yang hampir lapuk harus digilap semula; yang selalunya dilakukan waktu jadi studen universiti dulu. analisa.buat carta.jadual dsb.

kali ini, saya dapat melihat pertemuan cara berfikir orang lama dan orang baru atau lebih tepat cara lama dan cara baru. ada orang lama berfikir cara baru. ada orang baru berfikir cara lama dan sebaliknya. seperti melihat sebuah kotak hitam, ada yang melihat secara positif dan ada yang melihat secara negatif. ada yang menganggap kotak itu tak berguna. ada yang menganggap kotak itu banyak faedah.

hakikatnya begitu. pasti ada perbezaan. dalam semua perkara termasuk tafsiran terhadap sesuatu perkara. cuma beruntunglah orang yang menyedari hakikat kewujudan perbezaan. Dan mereka ini harus berlapang dada.

Monday, April 30, 2007

Filsafat Dunia Nehru

Saya sedang membaca buku lama - Filsafat Dunia oleh Nehru. Bukunya adalah himpunan catatan beliau kepada anaknya. nehru menulis ketika beliau dipenjarakan oleh kolonial british kerana memimpin penentangan terhadap cukai garam. lalu dituangkan pemikiran dan pengetahuan beliau untuk menyuntik semangat berjuang menentang penjajahan ketika itu. menarik untuk dibaca.

Monday, March 26, 2007

yang berkaitan islam

sejak beberapa dekad yang lalu, masyarakat kita seperti 'terjaga' dari tidur yang panjang, iaitu timbul kesedaran akan kepentingan agama. keghairahan kepada islam semakin timbul di sana-sini. bermula dari bank islam, universiti islam hingga ke hari ini. apakah model; atau nilai apa; atau dari siapa; atau dari mana ianya dicontohi? dari zaman nabi? empayar Umayyah? atau republik iran?

benar kita harus kembali kepada quran dan sunnah namun banyak persoalan yang baru tiada di dalam kedua-duanya. bagaimanakah kita menyesuaikan perkara-perkara baru dengan quran dan hadith? masyarakat islam sekarang juga masih terikat dengan mazhab; ini ditambah lagi dengan sebahagian besar agamawan tidak mampu atau tidak mahu melihat sesuatu persoalan luar dari empat mazhab fiqh utama (hanafi, maliki, syafi'e dan hanbali) sedangkan banyak ijtihad yang sedia ada sudah lama. maka ijtihad baru perlu dihasilkan sebagai respon kepada persoalan-persoalan baru yang muncul di alaf baru ini. bagaimana kita merespon perubahan order dunia iaitu post-modernism?juga isu-isu pluralisme, liberalisasi dan sebagainya.

pelabelan islam yang semakin banyak dalam masyarakat perlu difikirkan semula. apabila kita mengaitkan dengan islam bermakna seluruh komponen islam terkait dengannya. islam yang digambarkan oleh penganutnya, islam dalam kitab sucinya, dan tafsiran islam oleh penganutnya. Dan label islam yang sedia ada hanyalah hasil tafsiran islam oleh sesetengah kumpulan bukanlah islam yang idealnya.

proses islamisasi ini dilakukan oleh masyarakat islam sendiri samada daripada individu, ahli politik, hinggalah sekumpulan individu islam. apabila ditimbulkan sesuatu label baru sebagai contoh 'sastera islam', adakah sastera bangsa lain tidak islam? adakah sastera arab membawa citra islam seluruhnya? begitu juga dengan muzik. adakah hanya nasyid muzik islam? bagaimana pula dengan lagu2 bukan nasyid seperti lagu-lagu patriotik?

bukankah kita disaran agar mencari 'hikmah' yang hilang? (hikmah adalah barang yang hilang dari kaum muslimin. andai terjumpa di mana-mana maka kutiplah ia...-hukama). Bermakna, nilai-nilai islam ada di mana-mana. Nilai-nilai yang baik itulah disarankan mencarinya kerana seruan agama itu adalah mengajak manusia memelihara nilai-nilai manusiawi yang tulus dan luhur.

Tuesday, February 06, 2007

suara marhaen

bukan rahsia segolongan seniman atau artis, berkarya untuk kepuasan hati, berkarya untuk meluahkan rasa hati dan akal fikirannya. ada sesetengahnya berlaku jujur dalam karyanya. itulah dirinya. tiada apa-apa kepentingan.

saya cuba ajak semua untuk melihat satu lirik yang saya dapat daripada sebuah band yang saya kurang pasti masih wujud atau pupus. Ahmad Band namanya. ini adalah band 'projek solo' Ahmad Dhani (Dewa 19). muziknya keras. liriknya pun keras. saya sengaja angkat lirik ini kerana perkara-perkara yang saya sebut di atas dan (konon) lirik ini tak terkena mana-mana individu di negara ini, baik PAS, UMNO, DAP, KeADILan, ABIM, JIM bla...bla... lagi.

(p/s: beruntunglah mereka yang mengambil peringatan)

DISTORSI
ahmad band

Maunya selalu memberantas kemiskinan
Tapi ada yang selalu kuras uang rakyat
Ada yang sok aksi buka mulut protas protes
Tapi sayang mulutnya selalu beraroma alkohol

Yang muda mabuk, yang tua korup 2x
Korup terus, mabuk terus
Jayalah negeri ini, jayalah negeri ini
(Merdeka...!!)

Maunya selalu menegakkan keadilan
Tapi masih saja ada sisa hukum rimba
Ada yang coba - coba sadarkan penguasa
Tapi sayang yang coba sadarkan
Sadar aja nggak pernah

Setiap hari mabuk....
Ngoceh soal politik
Setiap hari korup
Ngoceh soal krisis ekonomi

Perut kekenyangan bahas soal kelaparan
Kapitalis sejati malah ngomongin soal keadilan sosial
Selalu monopoli!
Ngoceh soal pemerataan
Setiap hari tucau
Ngoceh soal kebobrokan

* maaf, atas alasan tidak mahu terkena pada mana2 individu di malaysia, perkataan2 indonesia sengaja tidak diterjemahkan di sini.

Monday, January 29, 2007

kawin lebih daripada seorang isteri (poligami)

andai ditanya kepada 10 orang lelaki tentang keinginan kawin lebih daripada seorang, 9 orang akan menjawab 'Ya'. mungkin salah seorang lelaki yang akan berkata 'tidak' adalah seorang pensyarah kuliyah ilmu wahyu,uia yang berasal dari Mesir. saya telah berbual dengannya dan nasihat beliau kepada saya 'tolong...jangan kawin lebih daripada seorang perempuan'. apakah asas yang diyakini beliau melarang poligami? bukankah dalam quran sendiri tidak melarang poligami?

saya bawakan kisah ini bukan kerana : ada seorang ulama yang menolak poligami. oleh kerana dia ulama maka ianya 'sah menjadi hukum' yang tidak harus dipertikai. akan tetapi kerana di sana pasti ada pertimbangan bahawa poligami tidak digalakkan berbanding penggalakan.

sesuatu hukum bukanlah subjek yang jumud - tidak berubah-ubah dalam apa jua situasi, tempat atau masa. hukum adalah suatu subjek yang terbuka, terkait dengan situasi, tempat dan masa mengikut pertimbangan akal sihat. cuma ada beberapa hukum yang tidak akan berubah selamanya iaitu tuhan itu ada, nabi-nabi rasul-rasul adalah utusan Allah, malaikat itu ada,hari akhirat pasti ada, pertimbangan amal juga pasti dan syurga neraka adalah tempat pembalasan.

justeru, apa pertimbangan anda (yang ingin berpoligami) untuk kawin lebih daripada seorang isteri? apa pula pertimbangan atau nas quran atau hadith yang dirujuk untuk mengguris hati seorang isteri? Dan apakah pula hukum melukai seorang anak adam yang tidak berdosa?

Wednesday, January 24, 2007

syed hussein alatas




semalam telah perginya seorang tokoh pencerahan, prof. syed hussein alatas. banyak pemikiran almarhum dituang kepada kita. namun tidak ramai yang menghirup idea-ideanya yang rasional, kritis dan kreatif. semoga tuhan merahmatinya. amin.

Wednesday, January 03, 2007

pusat alam

1. ilmu geografi adalah ilmu yang kurang popular berbanding ilmu-ilmu lain seperti sains, matematik, bahasa melayu, bahasa inggeris, syariah, quran sunnah dan sebagainya. aku katakan kurang pupolar kerana kurangnya pelajar geografi di malaysia. aku tak tau samada kurang kerana geog subjek yang boring bagi pelajar atau sekolah tak tawarkan subjek lantaran kurang permintaan pasaran kerja. kata cikgu sekolah aku, kat negara maju, geografi adalah salah satu cabang ilmu sains. jadi, adakah kita dilanda tsunami kerana kurangnya pakar geografi atau kerajaan tak nampak 'market price' kat student geografi?

2. pusat bumi (juga titik tengah bumi) adalah titik tengah bagi bumi. dalam subjektivisme pula, ada kesedaran bahawa manusia adalah pusat alam. maka dalam alam jagat raya ini, siapa yang diberikan akal?siapa yang sanggup mentadbir, memakmurkan,(atau menjahanamkan) alam?hanya manusia yang mampu yang dikurnia akal fikiran. jadi, benarlah Descartes yang gigih memperjuangkan teori manusia adalah pusat alam?